16 Apr 2014
BENGKEL VLE KOHOT 1 DAERAH KEMAMAN 2014
Bengkel kerja peluasan pembangunan laman pembelajaran dalam persekitaran pembelajaran maya (VLE) KOHOT 1 daerah Kemaman 2014 telah diadakan di bilik seminar PKG Binjai pada 14 dan 15 April 2014. Bengkel ini telah dijalankan 2 hari berturut-turut.
2 Mar 2014
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SMK KERTEH 2014
Pada 2 March 2014, SMK Kerteh telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Nilam bagi tahun 2014. Majlis tersebut telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah berkenaan bermula pada pukul 8 pagi.Majlis tersebut juga telah dirasmikan oleh Ketua PKG Daerah Kemaman iaitu Encik Wan Roslan bin Wan Zaki.
26 Feb 2014
PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH KEMAMAN 2014
Pada 25 Februari 2014, pemilihan tokoh nilam daerah Kemaman 2014 telah diadakan di PKG Binjai. Tokoh yang terpilih dihantar untuk mewakili daerah untuk pemilihan diperingkat negeri.
23 Feb 2014
Apa itu Chromebook ?
Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer.
Ianya pantas (masa boot kurang daripada 8 saat), kurang selenggara diperlukan dan memfokuskan perkhidmatan awan (cloud). Anda boleh rujuk disini .
Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set chromecart mobile lab yang ada di sekolah :
1. 1 rak pengecaj beroda chromebook
2. 21 chromebook (16 model wifi dan 5 model 4G)
3. 1 zoom Yes 4G
4. 1 AP wireless 1 Cache Machine
5. 1 Pencetak Awan (cloud printer)
16 Feb 2014
Karnival ICT Terengganu di TTC
KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Pusat Dagangan Terengganu (TTC) menjadi tumpuan ramai apabila buat julung kalinya Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) peringkat negeri Terengganu .
Perasmian disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A. Latiff Awang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) ICT, Datuk Mohd. Yasim Awang serta Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, En Zakaria Hussin.
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu juga turut serta bagi menjayakan program tersebut. Antara bahan atau aktiviti yang dilaksanakan di ruang pameran BTPN Terengganu ialah seperti ikoleksi, eduChannel dan DST ( Digital StoryTelling). Selain dari itu juga, pengunjung akan disediakan dengan pertandingan kuiz ringkas dan hadiah-hadiah menarik disediakan kepada yang dapat menjawab dengan betul.
9 Feb 2014
MESYUARAT JKPA BIL 01/2014
Subscribe to:
Posts (Atom)