16 Nov 2015

TAKLIMAT MENELUSURI PENCAPAIAN PUSAT SUMBER CEMERLANG 2015/2016 PADA 16.11.15

Taklimat ini dihadiri oleh GPM sekolah ahli PKG Kemasek. Berlangsung di PKG Kemasek dan dipengerusikan oleh Encik Wan Roslan Wan Zaki serta Nihlah Binti Mohamad Amin Rebuan

11 Nov 2015

LAWATAN KE ETP PKG KEMASEK 11.11.15







Lawatan ini dihadiri oleh sekolah ahli PKG daerah Hulu Terengganu. GPM dan Guru Nilam. Turut sama adalah Pegawai Teknologi Pendidikan En. Mohd Faizul, En Yussairi dan En Isa dari PKG Peroh dan PKG Kuala Berang.

4 Nov 2015

TAKLIMAT PERSEDIAAN PEMILIHAN TOKOH NILAM 2016 PADA 04.11.15






Taklimat Persediaan Pemilihan Tokoh Nilam 2016 telah diadakan. Ia dipengerusikan oleh Ketua PKG Kemasek Encik Wan Roslan Wan Zaki dan turut sama Pegawai Teknologi Pendidikan 2 Pn. Nihlah Binti Mohamad Amin Rebuan. Dihadiri oleh 25 orang guru Penyelaras Nilam atau wakil sekolah ahli PKG Kemasek. Turut sama pada sesi tersebut, setengah jam sebelum berakhir taklimat, ialah, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNT Tn. Hj Akram @Amir Bin Abdul Majid bersama Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP En. Amir Hamzah  yang singgah setelah habis membuat penilaian Pusat Sumber peringkat Negeri di sekolah ahli PKG Kemasek juga iaitu SK Seri Bandi 2 dan SMK Kijal.

7 Oct 2015

MESYUARAT JKPA BIL 2/2015 PKG KEMASEK PADA 7 OKTOBER 2015






Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Kemasek Bil 2/2015 yang berlangsung di Bilik Seminar PKG Kemasek. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Hanafi Ab Aziz wakil pengetua SMK Badrul Alam Shah. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Idris Bin Bidin dan 25 orang Pengetua, Guru Besar serta wakil sekolah ahli PKG Kemasek. Turut serta En Wan Roslan B Wan Zaki, Ketua PKG Kemasek dan Pn. Nihlah Binti Mohamad Amin Rebuan, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kemasek.

19 Sept 2015

TAKLIMAT SSQS PADA 27 JULAI 2015




TAKLIMAT PENYAMPAIAN NETBOOK DAERAH KEMAMAN UNTUK SEKOLAH PADA 23 APRIL 2015





MESYUARAT KHIDMAT BANTU PSS CEMERLANG DAERAH KEMAMAN PADA 3 MAC 2015


MESYUARAT JAWATANKUASA KO AKADEMIK PKG KEMASEK BIL 1/2015 PADA 5 MAC 2015


MESYUARAT JKPA BIL1/2015 PADA 17 FEBRUARI 2015








MESYUARAT GPM BIL 1/2015 PADA 1 MAC 2015




MESYUARAT GPB GICT BIL 1/2015 PADA 2 MAC 2015



MESYUARAT EIO DAN FT PADA 3 MAC 2015







MESYUARAT AKTIVITI BI DAN ETP PADA 19 APRIL 2015


 Mesyuarat aktiviti BI dan ETP 2015 yang berlangsung di bilik Seminar PKG Kemasek


BENGKEL ZPD MBMMBI SEKOLAH MENENGAH



Bengkel ZPD MBMMBI sekolah menengah yang berlangsung pada 15 April 2015 di Bilik Seminar PKG Kemasek.


BENGKEL VLE 24 - 25 OGOS 2015







Bengkel VLE untuk admin sekolah yang telah diadakan pada 24 - 25 Ogos 2015 bagi sekolah ahli PKG Kemasek yang berlangsung di makmal komputer SK Kemasek.

4 Aug 2015

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN (APSSK) 2015



Pada 4 Ogos 2015, Sekolah Kebangsaan Kemasik telah dinilai oleh Hakim Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan iaitu Encik Zakaria Bin Hasan (Ketua Unit PSP BTPN Kelantan) selaku ketua Hakim dan Tuan Haji Junaidi Bin Osman (Ketua Unit PSP BTPN Pahang) untuk mewakili negeri Terengganu bagi kategori Sekolah Rendah. Pusat Kegiatan Guru Kemasik dan BTPN Terengganu juga ada memberi khidmat bantu dalam menjayakan penilaian ini.