20 Apr 2011

BENGKEL MS ISO DAN MESYUARAT PENYELARASAN BTPN-PKG

Pada 18-19 April 2011 telah berlangsungnya Bengkel Pemantapan MS ISO – Pemantauan PKG dan Mesyuarat Penyelarasan BTPN-PKG Bil. 2/2011 yang diadakan di Bilik Persidangan, BTPN Terengganu. Pengisian bengkel adalah lebih kepada tiga pengisian utama iaitu Pendekatan 5S dan PDCA yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, manakala Pemantapan Pemantauan PKG 2011 yang melibatkan Skop PKP 01 disampaikan oleh Encik Azmi bin Isa, selaku Pengurus Dokumen PKP 01. Slot ketiga adalah Pengurusan Penarafan PKG 2011 yang disampaikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi bin Hassan. Pada 19 April 2011 pula diadakan Mesyuarat Penyelarasan BTPN-PKG Bil. 2/2011. Antara intipati ucap utama KPP, Encik Alias bin Talib adalah menegaskan peranan dan fungsi bidang tugas yang sentiasa mencabar dan perlu dirancang dengan lebih awal. Ini bagi mengelakkan kerja yang bakal dilakukan tertangguh dan mungkin tidak efisyen. Mesyuarat kali ini telah memperlihatkan beberapa agenda utama di peringkat BTPN-PKG dapat diselaraskan demi kepentingan organisasi.