19 Mar 2013

LAWATAN BTPN PAHANG KE ETP KEMASEK

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di ETP Kemasek pada 18 Mac 2013. Rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Badaludin, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal PKG telah juga disertai oleh tiga orang Penolong Pengarah, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN dan Ketua-Ketua PKG Daerah Pahang. Taklimat berkaitan ETP Kemasek telah disampaikan oleh En. Wan Roslan Wan Zaki. Untuk makluman ETP Kemasek adalah ETP yang pertama yang dibina di negeri Terengganu.

10 Jan 2013

TAKLIMAT STS & PENYELENGGARAAN ICT 2013

Pada 9 Januari 2013, PKG Kemasek telah mengadakan taklimat sts dan penyelenggaraan ICT di bilik mesyuarat PKG Kemasek. Taklimat ini telah disampaikan oleh PTP 1 PKG Kemasek iaitu Encik Wan Roslan bin Wan Zaki. Ianya bertujuan untuk memantapkan penggunaan STS dikalangan guru ict sekolah ahli dan menyatakan format terkini penyelenggaraan ICT bagi tahun 2013. Taklimat ini telah dihadiri oleh semua guru ict sekolah ahli PKG Kemasek.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA INGGERIS

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Inggeris telah diadakan pada 9 Januari 2013 di bilik seminar PKG Kemasek. Program ini telah dihadiri oleh 25orang guru sekolah ahli PKG Kemasek.