17 Jan 2016

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kemaman Bil 1/2016


                  Pada 14 Januari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Kemasek, Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kemaman Bil 1/2016 telah berlangsung dengan jayanya. Semua pegawai dan staf PKG daerah telah menghadirkan diri. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Wan Roslan bin Wan Zaki selaku Ketua PKG Daerah Kemaman.Agenda mesyuarat dimulai dengan ucapan kata aluan dari ketua PKG Daerah serta pengenalan diri dari ahli-ahli PKG Daerah Kemaman bagi tahun 2016. Seterusnya agenda diteruskan dengan penerangan tentang peranan dan tanggungjawab penyelarasan kerja setiap ahli jawantankuasa yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP), Pegawai Teknologi Pendidikan 2 (PTP2), Juruteknik (FT17), Pembantu Tadbir (N11) dan Pegawai Teknologi Maklumat (EIO). Agenda diteruskan dengan pelantikan Encik Ismail bin Kasim sebagai Desk Officer Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam hal teknikal,  Encik Mohd Ramzi bin mohd  Rasid sebagai Desk Officer bagi tugas  hal-hal berkaitan ICT serta Puan Julaina binti  Mansor sebagai Desk Officer untuk urusan penkeranian dan Puan Noorhasliza binti Yusoh@Yusof  dalam pengendalian blog PKG Daerah Kemaman yang  rasmi.Agenda di akhiri dengan hal-hal lain iaitu  cadangan keseragaman berpakaian bagi menghadiri sesuatu majlis rasmi  untuk setiap ahli PKG  Daerah Kemaman.

TAKLIMAT AKTIVITI BAHASA INGGERIS DAN PROGRAM ETP 2016




TARIKH || 13 Januari 2016
HARI || Rabu
MASA || 2.00 Petang
TEMPAT || Bilik Seminar 1, 
Pusat Kegiatan Guru kemasek