27 May 2008

PROGRAM KHAZANAH BUMI MERDEKA



ETP Kemasek sekali menempa sejarah apabila dipilih oleh TV3 untuk membuat pengambaran sempena bulan kemerdekaan 2007. Program yang diberi nama " Khazanah Bumi Merdeka " ini mempunyai 30 episod dan ETP Kemasek diletakkan di dalam episod ke 9. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan ianya melibatkan ETP Kids. Pengambaran ini turut mengundang pengacara 3R yang tidak asing lagi. Dengan penghormatan yang diberikan ini , ETP Kemasek akan dapat terus dikenali oleh semua masyarakat.

7 May 2008

PESTA BUKU TERENGGANU 2008


Pesta Buku Terengganu 2008 berlangsung pada 30 April - 06 Mei 2008 dan bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Pesta buku kali ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Ruang pameran Bahagian Teknologi Pendidikan juga turut disediakan bagi memangkinkan lagi budaya membaca dikalangan pengunjung. Pelbagai aktiviti disediakan seperti Kuiz NILAM, cabutan pengunjung bertuah, tayangan VCD/DVD bahan terbitan BTPN Terengganu, edaran bahan risalah dan brosur dan sedikit jualan untuk tabung Persatuan Pusat Sumber Sekolah.