4 Aug 2015

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN (APSSK) 2015



Pada 4 Ogos 2015, Sekolah Kebangsaan Kemasik telah dinilai oleh Hakim Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan iaitu Encik Zakaria Bin Hasan (Ketua Unit PSP BTPN Kelantan) selaku ketua Hakim dan Tuan Haji Junaidi Bin Osman (Ketua Unit PSP BTPN Pahang) untuk mewakili negeri Terengganu bagi kategori Sekolah Rendah. Pusat Kegiatan Guru Kemasik dan BTPN Terengganu juga ada memberi khidmat bantu dalam menjayakan penilaian ini.