26 Feb 2014

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH KEMAMAN 2014


Pada 25 Februari 2014, pemilihan tokoh nilam daerah Kemaman 2014 telah diadakan di PKG Binjai. Tokoh yang terpilih dihantar untuk mewakili daerah untuk pemilihan diperingkat negeri.

23 Feb 2014

Apa itu Chromebook ?

Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer.

Ianya pantas (masa boot kurang daripada 8 saat), kurang selenggara diperlukan dan memfokuskan perkhidmatan awan (cloud). Anda boleh rujuk disini .


Dalam projek 1BestariNet chromebook dibekalkan ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook untuk digunakan di sekolah. Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan dengan program outreach mengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun lepas.

Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set chromecart mobile lab yang ada di sekolah :
1. 1 rak pengecaj beroda chromebook
2. 21 chromebook (16 model wifi dan 5 model 4G)
3. 1 zoom Yes 4G
4. 1 AP wireless 1 Cache Machine
5. 1 Pencetak Awan (cloud printer)

16 Feb 2014

Karnival ICT Terengganu di TTC

KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Pusat Dagangan Terengganu (TTC) menjadi tumpuan ramai apabila buat julung kalinya Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) peringkat negeri Terengganu .
Perasmian disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A. Latiff Awang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) ICT, Datuk Mohd. Yasim Awang serta Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, En Zakaria Hussin.
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu juga turut serta bagi menjayakan program tersebut. Antara bahan atau aktiviti yang dilaksanakan di ruang pameran BTPN Terengganu ialah seperti  ikoleksi, eduChannel dan DST ( Digital StoryTelling). Selain dari itu juga, pengunjung akan disediakan dengan pertandingan kuiz  ringkas dan hadiah-hadiah menarik disediakan kepada yang dapat menjawab dengan betul.

9 Feb 2014

MESYUARAT JKPA BIL 01/2014


Pada 9 Februari 2014, PKG Kemasek telah mengadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Aktiviti di bilik bilik seminar PKG Kemasek. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil Pegawai PPD Daerah Kemaman serta Penolong Pengarah BTPN Terengganu iaitu Y.M. Tengku Abdussalam bin Tengku Awang. Mesyuarat ini juga turut dipengerusikan oleh Puan Roeaidah binti Mat Yussuf iaitu Pengetua SMK Badrul Alam Shah.